Sidang DUN Perak bermula : Raja Nazrin Tengah Bertitah



Dewan Undangan Negeri Perak mula bersidang secara aman pagi ini, dengan tanda-tanda menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda.

Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang.

Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.

Bagaimanapun sebelum Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan pembukaannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.

Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi.

Tidak seperti sidang DUN negeri yang lain, wartawan kali ini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Menurut adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang menghantar SMS, kekecohan berlaku kerana pihak media dan wakil Pakatan Rakyat dikehendaki memasuki melalui pintu yang berlainan.

Mereka juga terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat berbanding rakan BN.

Menurut Nga mereka membantah terhadap layanan itu yang disifatkan sebagai “memalukan”.
Raja Nazrin dilaporkan masih meneruskan titah ucapan baginda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.