Saman Fitnah RM10 juta tehadap Utusan pada 24 Mei




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Mei untuk pengurusan kes anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd mengenai artikel fitnah berkaitan komennya yang menyentuh Islam.

Timbalan Pendaftar Norazlin Othman menetapkan tarikh itu dalam kamar di sini hari ini.

Peguam Yvonne How mewakili Karpal Singh dan M. Mohana Kumar untuk Utusan Melayu. Kemudian, Mohana Kumar memberitahu pemberita bahawa mahkamah itu memerintahkan pihak tersebut untuk mengemukakan satu senarai kenyataan saksi, isu-isu yang akan didengar dan bungkusan dokumen yang telah dipersetujui, yang akan digunakan pada pendengaran itu.

Dalam kenyataan tuntutan, Karpal Singh, seorang peguam, mendakwa artikel itu bertajuk "DAP Diingat Jangan Bakar Perasaan Melayu" yang disiarkan pada 25 Ogos,2008, dalam Utusan Malaysia, menyatakan bahawa beliau membuat komen mengenai Islam dalam ucapan alu-aluannya pada Kongres DAP Kebangsaan ke-15 yang diadakan pada 24 Ogos 2008.

Karpal Singh mendakwa bahawa perkataan memfitnah difahami bermakna antara lain, bahawa beliau seorang ahli politik yang cenderung mewujudkan perseteruan di kalangan masyarakat yang berlainan di negara ini, adalah terang-terang palsu dan berniat jahat, dan berniat bagi menghancurkan profesional dan kerjaya politiknya.

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata beliau sentiasa mengekalkan dalam ucapan umumnya dan semasa keanggotaan dalam Parlimen di Dewan Rakyat sejak 26 tahun lepas bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini yang diperuntukkan mengikut Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menuntut RM10 juta bagi ganti rugi umum, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos dam mana-mana relif yang wajar diputuskan mahkamah.

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 3 Nov 2008, Utusan Melayu menyatakan bahawa mohon maaf yang disiarkan dalam akhbarnya diterima oleh Karpal Singh sebagai memenuhi permintaan dalam surat beliau (Karpal Singh).

Utusan Melayu mendakwa bahawa perkataan aduan oleh Karpal Singh yang dinyatakan dalam artikel itu timbul akibat perselisihan faham/kekeliruan dan bahawa ia adalah kesilapan yang ikhlas.

Ia mendakwa bahawa artikel itu disiarkan dengan niat baik dan bona fide tanpa sebarang niat jahat terhadap Karpal Singh. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.