KP Guatemala, 'Raja Dadah' Turut Ditangkap




BANDARAYA GUATEMALA: Ketua Polis Guatemala dan seorang pegawai kanan antidadah ditahan semalam selepas disyaki terbabit dalam rangkaian pengedaran dadah serta pembunuhan enam polis, tahun lalu.

Ketua Polis, Baltazar Gomez dan ketua cawangan antidadah, Nelly Bonilla ditahan berikutan siasatan kes curi dadah pada April 2009 lalu di Amatitlan.

"Mereka dipercayai mempunyai pembabitan secara langsung dengan kejadian berkenaan," kata Peguam Negara, Amilcar Velasquez.

Lima pegawai polis terbunuh dalam kejadian itu.

Penahanan itu memberi tamparan buruk kepada institusi keselamatan dan pencegahan jenayah di Guatemala ketika kerajaan meningkatkan kewibawaan pentadbirannya, kata Velasquez.

“Kami akan melalukan apa yang terbaik untuk menumpaskan kegiatan jenayah dalam negara dan bantuan semua pihak amat dihargai," katanya.

Gomez dan Bonilla akan berdepan dengan pelbagai tuduhan membabitkan konspirasi, penyalahgunaan kuasa, melakukan penahanan di luar undang-undang, mengingkari keadilan, pengedaran dadah dan memiliki dan menyimpan senjata api serta bahan letupan secara haram. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.