Kesian Fairus : Dia sorang Sahaja Sertai UMNO



SIAPA YANG HENDAK MENYERTAI UMNO PERLU AMBIL MASA 3 BULAN UNTUK BERFIKIR:



Berbekalkan jawatan bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, secara rasminya menyertai Umno hari ini.

Kita juga hairan kenapa beliau mengisytiharkan menyertai UMNO semasa Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama PM Malaysia (Datuk Seri Najib Razak). Adakah beliau mempunyai agenda tertentu. Namun semasa penyerahan borang ahli, hanya beliau seorang sahaja mana lagi teman karib dan sahabat setianya.

Sebelum itu, Fairus turut berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong (Walaupun belum menyerah borang ahli) menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah. Pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pada 16 April 2009, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dengan alasan bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Berita Berkaitan:
Menurut Syed Husin tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April tahun lalu kerana tiada pilihan lain ekoran disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Fairus tiada pilihan lain daripada meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan," katanya.

Jelasnya lagi, Mohammad Fairus juga menuntut ganti rugi daripada PKR selepas meletak ajwatan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

"Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu... lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

"Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya, seorang yang baik hati memberikannya 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000," katanya.

Menurut Syed Husin, alasan yang diberikan Mohammad Fairus keluar daripada PKR adalah untuk mempertahankan agama dan bangsa adalah sangat memalukan.

"Fairus memberikan alasan bangsa dan agama, ia angat memalukan kerana beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.