MUMBAI: Polis India telah memberkas lebih 1,000 aktivis sayap kanan Hindu di bandar ini sebagai langkah mencegah keganasan berhubung tayangan filem terbaru superstar Bollywood, Shah Rukh Khan, berjudul My Name Is Khan.
'Sejauh ini lebih 1,000 orang diberkas,' kata pegawai kanan polis, Encik Devan Bharti, semalam.
Penahanan itu dibuat menyusuli perbalahan antara Shah Rukh Khan dengan parti kebangsaan Hindu, Shiv Sena.
Para pemimpin Shiv Sena menggesa Shah Rukh Khan memohon maaf di atas kenyataan beliau yang mengkritik ketiadaan pemain dari Pakistan dalam perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL) yang akan bermula bulan depan.
Para aktivis Shiv Sena dilaporkan telah menyerang dua pawagam di Mumbai yang menayangkan filem tersebut. Polis kelmarin memberitahu mereka akan memeriksa setiap penonton dan menambah pegawai berkawal. -- AFP.
DIKAWAL KETAT: Shah Rukh Khan diiringi pegawai polis di lapangan terbang Mumbai ketika hendak berlepas ke Abu Dhabi semalam bagi menghadiri tayangan perdana filem terbaru beliau, My Name is Khan. -- Foto REUTERS
0 comments:
Post a Comment