Pinjaman Buku Teks Untuk Semua Pelajar Agama


SHAH ALAM 28 FEB: Semua pelajar sekolah rendah agama di Selangor baik dari keluarga miskin ataupun sebaliknya bakal menerima pinjaman buku teks mulai tahun 2011.

Demikian jaminan yang diberikan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Beliau bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 Shah Alam pagi ini, yang dihadiri lebih 50 ibu bapa murid sekolah berkenaan.

“Buku-buku teks yang diperlukan sekolah-sekolah agama yang mengikuti program JAIS ini. Saya sudah minta 2010 tapi tak sempat, insya-Allah pada 2011 kita mahu mengurangkan beban bayaran oleh pihak ibu bapa," katanya.

Skim pinjaman buku teks ini mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah iaitu bawah RM1500 tetapi jika peruntukan mencukupi, semua golongan akan menerima kemudahan itu.

“Kita mahu mengurangkan atau merakyatkan ekonomi Selangor. Dan ini salah satu caranya,” kata beliau.

Pada majlis itu juga berlangsung penyampaian penghargaan kepada bekas murid tahun 6 sekolah itu yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan sekolah rendah agama 2009.

Mesyuarat Agung itu adalah kali yang ke-12 diadakan bagi perbincangan dan usul dan cadangan serta pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2010-2011.

*************************************************************


Ulasan: Kerajaan Negeri Kedah bila nak laksanakan pulak macam ni...
Sekolah Rendah Islam Darul Ulum pun tak dapat lagi Buku Teks untuk UPSR pun kalut.. PIBG dapat sediakan untuk 30 orang murid sahaja. Jenuh bergilir.
Jadi PIBG SRIDU mengalu-alukan sumbangan dari para dermawan. Anggaran jumlah yang diperlukan RM40 ribu ringgit. Hubungi 04-771 5639 / 013-591 3412 (Ustazah Surida: Setiausaha PIBG)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.