Panas Lagi!!! Video & Gambar Datuk Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Konsert Sempena Maulidur Rasul.. Boleh La Pulak Tapi Masa AJL Lalu Apa Yang Dia Tonjol???



SITI Nurhaliza membuat persembahan semasa konsert bertemakan 'Muhammad Al-Ameen' sempena sambutan Maulidur Rasul di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 5 Feb. - Datuk Siti Nurhaliza membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila berjaya menghiburkan lebih 10,000 penonton yang hadir menyaksikan konsertnya di Taman Tamadun Islam di sini malam tadi.


Konsert percuma bertemakan 'Muhammad Al-Ameen' yang dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah itu menggabungkan dua nama besar daripada dua genre berbeza iaitu Siti dan Kumpulan Rabbani yang juga penganjur bersama persembahan itu.

Pengunjung ternyata tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahan hebat artis popular itu yang turut menampilkan Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus.

Tidak hanya menyaksikan persembahan nyanyian dan nasyid, penonton dihiburkan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair daripada Siti yang bertemakan sifat dan keperibadian Rasulullah SAW.

Konsert anjuran bersama kerajaan negeri, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan Rabbani Productions Sdn. Bhd.dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Alunan merdu gabungan suara Siti dan Rabbani menerusi lagu 'Muhammad Al-Ameen' memukau kehadiran penonton di samping persembahan solo Siti menerusi lagu 'Cindai Muhammad Al-Amin' dan 'Rasul Junjungan.'

Siti yang ditemui berkata, konsert seumpama itu bukan kerjasama pertama antara beliau dengan Rabbani, malah pernah menjadi penyanyi jemputan pada sambutan Maulidur Rasul di Selangor serta Kuala Lumpur.

gambar siti nurhaliza ajl26


Beliau berharap mesej penghayatan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW yang disampaikan melalui lagu, gurindam dan syair dapat dihayati pengunjung.

"Penyampaian lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan bukan melalui konsert sebegini sahaja, malah album sebelum ini, Tahajjud Cinta banyak memperdengarkan lirik dan irama kerohanian seperti lagu Ya Rasulullah, Ketika Cinta Memanggil, Asma Ul Husna dan Pintu Raudah.

"Album yang memuatkan 10 lagu itu mencatatkan jualan lebih 10,000 unit dan saya harap ia boleh pergi lebih jauh pada masa akan datang kerana lagu sebegini ada peminatnya tersendiri," katanya.

Kuasa Allah SWT: Bayi Dilahirkan Tanpa Darah Dalam Badan, Kini Sihat...

BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.



Ketika diahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 MINIT yang menakjubkan.

Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pasukan medik yang berjuang menyelamatkan nyawa bayi itu merasa tersentuh apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: "kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya".

"Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini",tambah wanita itu.

Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.

Oliver dilahirkan oleh secara pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah diberikan lebih banyak darah.

Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat bius berkata: "Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar biasa pernah mereka lihat".

Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa. Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan oksigen dalam tempoh yang agak lama."

Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya dari kerosakan.

Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung agar dia sembuh dengan lebih cepat.

Selepas tiga, perunding mula meningkatkan suhunya pada suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari.

Pada masa yang sama, susu oleh ibunya dipam terus ke dalam perut.

Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik untuk dibawa pulang.

"Adalah sukar untuk mempercayainya, tetapi kanak-kanak itu kini menjalani hidup dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarganya.
Oliver kini berusia 15 bulan, sihat dan ceria

Sumber: The Sun Daily

Sukan Olimpik London : Malaysia Tewas Lagi Kepada Bahrain - Hasrat Negara Berkecai...


Malaysia sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, semalam.

Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 Nov lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2.

Pada perlawanan malam ini, skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada babak kedua untuk menyamakan keduduk menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-84 selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal Wan Noor.
Click Here


Tersentak dengan gol tersebut, pengendali sementara Bahrain Peter Taylor membuat pertukaran tiga pemain dan hasilnya pemain tengah tuan rumah Husain A. Jalil Khalil Al Farhan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Bahrain pada minit ke-89.


Kemenangan tersebut membolehkan Bahrain mengumpul enam mata untuk mengekalkan kedudukan ketiga kumpulan manakala skuad negara terus menduduki tangga tercorot tanpa mengutip mata selepas empat perlawanan.

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada 22 Feb ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Syria pada 14 Mac ini di laman lawan.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Syria mengatasi Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan.

Gol Syria dijaringkan oleh Mohamad Ahmad Fares pada minit ke-18 dan Ahmad Al-Salih pada minit ke-90 manakala gol saguhati Jepun dijaringkan oleh Kensuke Nagai pada minit ke-45.

Kemenangan tersebut membolehkan Syria merampas kedudukan pendahulu daripada Jepun dengan mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. - BERNAMA

Panas!!! Anak Menteri Dapat Kontrak Luar Negara...

[Image: Dafi-AF-Jadi-Artis-Eksklusif-Trans-TV-Indonesia.jpg]

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Dafi melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila dipilih sebagai artis eksklusif stesen televisyen, Trans TV di Indonesia selepas dia mengikat kontrak dengan stesen TV itu pada 13 Januari lalu.

Difahamkan anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ini mengikat kontrak bersama Trans TV selama setahun sebagai wajah eksklusif atau talent untuk bahan siaran di saluran TV tersebut.

“Sejak dilantik sebagai artis eksklusif itu, saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual kerja yang telah disusun. Saya bukan sahaja akan meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian tetapi juga berlakon di sana,” ujarnya.

Peluang yang diraih oleh Dafi itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana tidak ramai artis Malaysia yang diterima baik dalam dunia hiburan Indonesia dan dia antara yang bernasib baik selepas Ashraf Sinclair yang kini terkenal sebagai pelakon di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.