Wanita UMNO Pun Tak Mau Inul 'Ratu Gelek' Buat Konsert Kat Tawau... Pasaipa Tak Mau Gelek Gerudi, Mana ada Puteri Umno Boleh Buat!!!


TAWAU: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan semalam meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert 'ratu gelek' Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.

"Wanita Umno Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau," katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran Umno Kalabakan, di sini.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian 'gelek gerudi' daripada mengadakan persembahan di daerah itu.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar di sini bagi membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya. - BERNAMA

Ya Allah Ya Tuhanku.. Moga Datuk Zaharuddin, Adun Kerdau Kembali Sihat.. Aku Takmau PRK Lagiii.... Dah Letihhh



Adun Kerdau koma, kembali kritikal..


ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

Sebagai Makluman:

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya

Terkini: MP Kapar Akan Umum Keluar PKR Petang Ini?? Apapun Berlaku Beliau Tetap Bersama PKR...



KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sekali lagi menafikan khabar angin yang beliau akan mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini.

“Khabar angin ini tidak benar. Tidak benar, tidak benar, saya akan bersama PKR walau apa sahaja berlaku ke atas saya sama ada saya dikenakan tindakan disiplin ataupun apa jua keputusan Selcat nanti,” kata beliau ketika dihubungi.

Ditanya dakwaan bahawa akan menghadiri sidang media di Shah Alam petang ini, Manikavasagam menegaskan, beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Saya baru balik dari menemui penduduk kawasan saya. Saya tidak tahu siapa menyebarkan maklumat itu,” kata beliau lagi.

“Saya bukan pengecut, saya tidak akan lari dari tanggungjawab saya bersama PKR,” kata beliau sambil menambah “telah memaklumkan pendirian saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.”

Ini bukan kali pertama beliau disebut-sebut akan keluar PKR.

Semalam beliau menerima notis menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Khabar angin disebarkan menerusi SMS dan internet mendakwa wakil rakyat penggal pertama itu akan mengadakan sidang media 2 petang ini di Shah Alam bagi mengumumkan keputusan meletakkan jawatan.

Malah akhbar angin itu juga menyebut dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Kedah juga akan hadir bersama.

Gerakan Anti Samy (GAS) Akan dilancar 30 Mei Depan

PETALING JAYA, 22 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan (gambar) yang dipecat daripada parti itu kelmarin akan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) 30 Mei ini bagi mendesak Presiden MIC berundur segera.

Majlis pelancaran akan diadakan di ibu negara dengan dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang.

Mugilan mengumumkan langkah pertama ini tiga hari selepas menerima surat pemecatan daripada Datuk Seri S. Samy Vellu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.