Allahu Rabbi!!! Terkini: (Video) Kapten Pesawat QZ8501 Punyai Rekod 6,100 Jumlah Jam Penerbangan.. Jom Terjah!!




Sebentar tadi, Facebook rasmi Air Asia turut menyertakan maklumat mengenai anak kapal yang terlibat dalam kehilangan pesawat QZ8501, pagi tadi.
AirAsiaStatement_2
Pesawat yang membawa 155 orang penumpang itu turut disertai dua juruterbang, empat krew penerbangan dan seorang jurutera.

Terkini!!! (Gambar2) Inilah Pesawat Air Asia: Airbus A320-200 (No. Siri PK-AXC) Yang Dilaporkan Hilang Sekitar Pulau Betilung, Di Sumatera

Pesawat Airbus A320-200 (nombor siri PK-AXC) yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7:24pagi tadi. Penerbangan QZ 8501 membawa145 penumpang dan 7 orang anak kapal terputus hubungan ketika terbang di ruangan udara Indonesia. Seramai 149 penumpang dan anak kapal adalah bewarganegara Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 dari Britain dan 1 dari Malaysia. Pesawat A320-200 ini sudah beroperasi sejak 2008. Kami difahamkan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Di bawah ialah gambar PK-AXC yang kami ambil dari pengkalan data planepictures.net.


Dahsyat!!! Rumah Nenek Kepada Selebriti Jelita, NEELOFA Turut Ditenggelami Banjir.. Jom Terjah!!!!

neelofa banjir
Neelofa adalah seorang selebriti yang berasal dari Kelantan. Pastinya selaku orang Kelantan, Neelofa turut sama bersedih dengan bencana banjir yang sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tambah menyedihkan ialah apabila Neelofa berkongsi gambar rumah neneknya di Kelantan turut sama ditenggelami banjir. Tinggi juga paras air tue. Tak dapat bayangkan bagaimana jika diri sendiri berada di dalam situasi ini.

Tulis Neelofa menerusi akaun Instagramnya:-

Terkini!!! MB Kelantan Mohon Maaf, Kediaman Sendiri Naik Air Manakala Sidang Khas DUN Kelantan Tangguh.. Jom Terjah!!!

Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri terperangkap di kediamannya.

Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam.

"Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.