Allahu Rabbi!!! Terkini: (Video) Kapten Pesawat QZ8501 Punyai Rekod 6,100 Jumlah Jam Penerbangan.. Jom Terjah!!




Sebentar tadi, Facebook rasmi Air Asia turut menyertakan maklumat mengenai anak kapal yang terlibat dalam kehilangan pesawat QZ8501, pagi tadi.
AirAsiaStatement_2
Pesawat yang membawa 155 orang penumpang itu turut disertai dua juruterbang, empat krew penerbangan dan seorang jurutera.

Sementara itu, AirAsia juga mengesahkan tiada warga British di dalam pesawat berkenaan seperti senarai pecahan penumpang yang diberikan sebelum ini sebaliknya hanya ada satu warga Perancis yang berada dalam pesawat itu.
Kapten pesawat tersebut mempunyai 6,100 jam penerbangan, manakala pembantunya 2,275 jam penerbangan.
Setakat ini, nama mereka yang terlibat belum lagi didedahkan.
Laman Facebook itu memaklumkan operasi mencari dan menyelamat kini dikendalikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA) dan pihak AirAsia memberikan kerjasama penuh dalam mengesan pesawat itu.
“Pesawat itu terbang mengikut laluan yang dirancang tetapi meminta mengubah laluan kerana cuaca buruk sebelum terputus komunikasi di bawah kawalan trafik udara Indonesia,” katanya.
Orang ramai ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada di dalam pesawat berkenaan boleh menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan yang diwujudkan oleh AirAsia di talian +622129850801. - MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.