Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan nasib menimpa ahli akademik, menyifatkannya kepincangan dalam sistem pendidikan negara.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberikan penjelasan terperinci mengenai mengapa beliau meletakkan jawatan daripada Universiti Malaya (UM) sebagai solidariti kepada ketua pusat penyelidikan di universiti itu dengan berkata kebebasan akademik adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.







