Paul Weeks bersama anak-anaknya sebelum kehilangan pesawat MH370 yang dinaikinya. - Gambar daripada Danica Weeks.Suasana hiba menyelubungi pertemuan Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Paul Weeks, seorang daripada tujuh warga Australia yang menaiki penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Air mata membasahi pipi isteri perdana menteri itu apabila Darica Weeks, 37, sebak ketika bercerita tentang suaminya.
Rosmah pantas memeluk wanita itu sambil cuba memujuknya dalam pertemuan yang turut disertai dua anak lelaki pasangan berkenaan – Lincoln, 3, dan Jack, setahun.
Dalam pertemuan selama sejam bermula pukul 10 pagi di sebuah hotel di Perth pada Khamis, Rosmah dilihat memeluk Jack.
"Kamu minum susu. Boleh beri saya sedikit?" kata Rosmah sambil mendukung anak kecil itu.





