Samuin antara individu yang banyak membantu penghuni Rumah Ehsan termasuk Uncle Jai yang sangat dikenalinya.
KUALA KUBU BHARU – 24 September 2012 ini, genap dua tahun bapa kepada seorang selebriti popular di era 80-an, menghuni pusat jagaan orang-orang tua di Rumah Ehsan di sini.
Bapa berusia 75 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Uncle Jai’ itu bukan saja menghidap pelbagai penyakit malah, kini hilang penglihatan.
Menurutnya, bukan kerana kejahilan si anak sehingga dia dibiarkan menghuni pusat jagaan itu, tetapi mungkin kerana kesibukan kerja memaksa dua anaknya yang sudah berkeluarga membiarkan Uncle Jai di rumah jagaan itu.
“Biarlah, jangan sebut sangat tentang mereka. Mereka mungkin sibuk dan banyak komitmen lain,” katanya.





