POKOK SENA – Walaupun hujan renyai-renyai membasahi tapak Program
Mesra Rakyat Daerah Pokok Sena, di perkarangan Masjid Kampung Nawa
tetapi orang ramai tetap berpusu-pusu membanjirinya. Mereka tertarik
mengikuti pelbagai program yang diadakan terutamanya berjumpa dan
mendengar sendiri penjelasan oleh Menteri Besar Kedah mengenai isu-isu
terkini berkaitan dengan Kedah.
Muqaddimah pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti mewarna
kanak-kanak dan sukaneka bagi kaum ibu. Antara aktiviti kaum ibu pada
hari tersebut adalah seperti boling buah kelapa, baling belon, mencari
barang tersembunyi, hiasan makanan serta hiasan bunga dan banyak lagi.