[Bergambar] Program Mesra Rakyat Daerah Pokok Sena Meriah Kerajaan Negeri Kedah.. Jom Terjah!!!

POKOK SENA – Walaupun hujan renyai-renyai membasahi tapak Program Mesra Rakyat Daerah Pokok Sena, di perkarangan Masjid Kampung Nawa tetapi orang ramai tetap berpusu-pusu membanjirinya. Mereka tertarik mengikuti pelbagai program yang diadakan terutamanya berjumpa dan mendengar sendiri penjelasan oleh Menteri Besar Kedah mengenai isu-isu terkini berkaitan dengan Kedah.

Muqaddimah pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti mewarna kanak-kanak dan sukaneka bagi kaum ibu. Antara aktiviti kaum ibu pada hari tersebut adalah seperti boling buah kelapa, baling belon, mencari barang tersembunyi, hiasan makanan serta hiasan bunga dan banyak lagi.



Kira-kira jam 11.30 pagi selepas berakhir aktiviti padang, orang ramai mula menunggu di kiri dan kanan jalan Masjid Kampung Nawa bagi menantikan kedatangan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

 
Setibanya Menteri Besar disana, beliau disambut dengan alunan qasidah daripada pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.

 
 
Selepas ucapan perasmian, Menteri Besar turut menghulurkan pelbagai sumbangan kepada pihak yang memerlukan, antaranya bantuan kafalah dan kerusi roda.

Selesai majlis rasmi tersebut orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Menteri Besar dan Exco-Exco kerajaan negeri yang hadir, seterusnya mereka menikmati jamuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Di sebelah petang semua wakil rakyat turun padang menziarahi serta memberi sumbangan kepada ibu tunggal, golongan kurang upaya serta yang memerlukan bantuan.

Pada jam 5.30 petang pula diadakan perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Veteran Kedah dengan pasukan Pilihan Pokok Sena. Pasukan Veteran Kedah menang 3-1.


 































0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.