Laporan akhbar 17 Jun lalu, berhubung Ibu rayu Kikah pulang.
MUAR - Setelah 13 hari menghilangkan diri, akhirnya seorang remaja yang
dilaporkan hilang berjaya dijumpai semula dalam keadaan selamat di
sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Ledang dekat sini, Isnin lalu.
Nurul Safiqikah atau lebih mesra dengan panggilan Kikah, 14, dari
Kampung Baru Batu 28 Lenga, keluar rumah pada 5 Jun lalu untuk pergi ke
bandar Muar menaiki bas awam bersama seorang rakan sekelasnya.
Bapa remaja berkenaan, Ahmad Rosman Adnan, 52, ketika dihubungi
berkata, anaknya dijumpai selepas berita kehilangannya disiarkan dalam
Sinar Harian pada 17 Jun lalu.
Menurutnya, berikutan itu dia menerima panggilan telefon daripada orang
awam yang memaklumkan melihat seorang gadis mirip Kikah berada di
Kampung Kesang Laut.