Isu ADUN Bangkrap - Syed Sobri Perlu Pulangkan Elaun Yang Diterima Januari, Februari dan Mac 2011 : Speaker




PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi belum menerima surat daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi mendapatkan status terkini Datuk Syed Sobri Syed Hashim sama ada wakil rakyat itu muflis atau tidak.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, bagaimanapun DUN Kedah tidak perlu menunggu sehingga laporan mengenai status terkini Syed Sobri daripada Jabatan Insolvensi.
“Mereka sendiri (DUN Kedah) boleh periksa secara online (secara dalam talian). Itu pun sudah dianggap rasmi walaupun belum menerima sijil (pengesahan), atau boleh pergi sendiri ke pejabat cawangan (Jabatan Insolvensi),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail dilaporkan pada Khamis berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jabatan Insolvensi pada Rabu bagi mendapatkan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang itu.
Syed Sobri yang juga merupakan naib ketua Umno Bahagian Padang Terap dalam satu sidang akhbar pada Selasa memaklumkan bahawa beliau kini seorang muflis selepas gagal menyelesaikan hutangnya dengan sebuah bank tempatan sebanyak RM8 juta.
Menurut Syed Sobri, beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.
Abdul Karim berkata, carian boleh dilakukan di e-insolvensi, aplikasi perkhidmatan elektronik Jabatan Insolvensi.
“Sekiranya beliau (Syed Sobri) benar-benar diisytiharkan muflis pada Disember lalu, pengesahan itu boleh didapati dalam tempoh sehari (secara online) selepas pengisyiharan di mahkamah.
“Di pihak Jabatan Insolvensi, kami masih belum menerima surat rasmi mengenainya daripada DUN Kedah.
“Dalam apa jua keadaan sekalipun, seseorang yang diisytiharkan bankrap itu seharusnya tampil memberi kerjasama dengan Jabatan Insolvensi supaya pentabiran kebankrapan dapat diuruskan dengan berkesan.
“Keberkesanan sesuatu pentabiran kebankrapan bagi seseorang yang sudah diisytiharkan muflis adalah kerjasama penuh daripada mereka,” katanya lagi.
Beliau menambah, Syed Sobri sepatutnya bertindak mengikut prosedur berbanding membuat kenyataan kepada media bagi memaklumkan pengisytiharan beliau sebagai seorang muflis.
“Kita tidak akan membuat pengumuman mengenai status kebankrapan Syed Sobri sekiranya ia benar.
Dalam pada itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada surat sudah dihantar kepada Jabatan Insolvensi berhubung status Syed Sobri.
“Jika hendak diikutkan, sepatutnya Setiausaha Dewan (Mohd Yusri Md Daud) akan menghantar surat itu kepada Jabatan Insolvensi semalam (Rabu).
“Tetapi, sehingga hari ini, saya sibuk dengan urusan di luar. Jumaat dan Sabtu pula hari cuti mingguan di Kedah. Kena tunggu Ahad, mungkin tahu pengesahan dan keputusannya,” kata beliau.
Abdul Isa sebelum ini menyatakan beliau masih belum dapat membuat sebarang keputusan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap Syed Sobri kerana DUN Kedah perlu menunggu laporan daripada Jabatan Insolvensi.
Abdul Isa berkata, sekiranya sah telah muflis sejak Disember lepas, Syed Sobri perlu memulangkan elaun wakil rakyat yang diterimanya bagi Januari, Februari dan Mac tahun ini.
Beliau berkata, ini kerana menurut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri, setiap wakil rakyat yang diisytiharkan muflis akan terlucut jawatannya secara automatik.
Syed Sobri dilaporkan berkata, hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Gambar Panas Giler!!! Jangan Tengok Kalau Tak Suka, Adakah Gambar Ini Bakal Mengancam Ketenteraman Negara???


Inilah yang baru di katakan fanatik.. kuning dari atas sampai bawah. Sampai ke selipar kuning. Hoho


SUMBER

Tahniah!!! Datuk Phahrolrazi, Datuk Dr Ismail Telah Selamat Angkat Sumpah Pelantikan Semula Sebagai Exco


ALOR SETAR: Dua lagi anggota exco kerajaan negeri pada Khamis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.
Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.
Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Panas!!! Kontroversi Sensasi: Akhirnya Dira Abu Zahar Memohon Maaf....



KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Awal minggu ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa individu yang diheret serta didakwa adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira iaitu pengacara sebuah rancangan hiburan sensasi.

Namun dakwaan tersebut belum disahkan mana-mana pihak termasuk mangsa yang dipijak mahupun pihak berkuasa.

Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.
Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.

Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.

Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.

Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini.

SUMBER|Murai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.