Israel Makin Mengganas: Rombongan RADIG 2 Akan Tinggalkan Gaza Serta-Merta

KUALA LUMPUR: Peserta rombongan Ramadan Di Gaza (RADIG 2) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dijangka keluar serta-merta dari Gaza berikutan serangan Israel yang bertubi-tubi.

Serangan itu menyebabkan letupan kuat yang menggegarkan hotel tempat penginapan anggota rombongan itu di tengah-tengah bandar raya tersebut, yangturut membahayakan keselamatan para peserta.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM yang juga Ketua Misi RADIG 2 berkata mereka kini sedang menunggu arahan daripada pihak berkuasa tempatan danpejabat Duta Malaysia di Mesir untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata sejak 33 anggota misi RADIG 2, termasuk Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di Gaza pada 17 Ogos lalu, mereka sudahmendengar lebih 10 letupan bom yang digugurkan tentera Israel di beberapa tempat awam sehingga mengorbankan beberapa penduduk tempatan termasuk wanita dankanak-kanak.

"Suasana menjadi kelam-kabut dan mencemaskan apabila bunyi letupan kuat bom digugurkan kira-kira satu kilometer dari tempat penginapan ketika kami sedangkhusyuk mendengar tazkirah kira-kira 4.40 pagi ini," katanya.

Mohd Azmi berkata walau bagaimanapun penduduk tempatan kelihatan tidak panik dan tetap mundar-mandir seolah-olah bunyi letupan bom merupakan fenomena biasadi tanah air mereka.

Beliau berkata ahli rombongan RADIG 2 turut dibenarkan melawat tempat letupan bom pertama yang digugurkan Israel di Gaza dengan diiringi pegawai sertapasukan keselamatan tempatan.

Beliau berkata bangunan perpustakaan awam yang baru dibina musnah teruk dan Masjid Sheikh Sayyid Al Nahyan turut terjejas di mana kaca tingkap dan pintunyapecah.

Rombongan itu yang diiringi Datuk Bandar Gaza telah melawat hospital bersalin dan Masjid An Nasar yang terletak kira-kira satu kilometer darisempadan Israel-Gaza.

Beliau berkata kos pembinaan masjid yang baru dibina itu, di atas tapak masjid lama yang berusia lebih 500 tahun, dijangka siap sepenuhnya November iniadalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Bangunan masjid tiga tingkat itu boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa, katanya. -BERNAMA

Tahniah!!! Imam Muda Asyraf Bakal Bergelar Ayah Hujung Tahun Ini...

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana isterinya, Nurhusna Yusof kini disahkan hamil/mengandung 6 bulan. Baguslah macam itu kami pun tumpang gembira dan menanti-nantikan saat kelahiran seorang lagi umat Rasulullah. Tapi dalam menghadapi berita baik ini, Asyraf kurang bersama isteri, manakan tidak dia banyak menerima undangan berbuka dan menjadi imam solat. Namun walaupun kurang bersama isteri disaat-saat berbuka, Asyraf tetap komited memainkan peranan sebagai seorang suami mithali.

“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.

“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai.

“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.

“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang mahu menghantar isterinya pulang ke kampung terlebih awal menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. -mStar

UMNO juara anti murtad di Selangor, Juara anti judi di Pulau Pinang dan juara anti pusat hiburan di Kedah

Sejak PAS isytihar mahu ganti Umno, parti asobiyah Melayu itu tiba-tiba berubah watak menjadi lebih PAS dari PAS. Rentetan isu yang berlaku satu demi satu dalam negara menunjukkan bahawa Umno cuba menonjolkan bahawa mereka adalah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.


PAS mahu menggantikan UMNO sebagai tulang belakang parti kerajaan yang memerintah. Jika selama BN berkuasa UMNO menjadi sandaran serta tempat rujukan orang Melayu/Islam di negara ini maka apabila Pakatan Rakyat berkuasa nanti maka PASlah penaung umat Melayu/Islam. PAS tidak ingin menggantikan UMNO dari aspek syaksiyyah buruk UMNO; sudah tentu bukan mengambil alih sebagai perasuah dan penyamun kekayaan negara

Umno yang panik dengan pengumuman PAS itu jadi tak keruan kerana jika rakyat meyakini bahawa PAS mampu menggantikan Umno sebagai peneraju kerajaan Pusat dan sebagai tempat mengadu nasib orang Melayu/Islam maka runtuhlah empayar kekuasaan Umno yang dibina separuh abad.

Mutakhir ini Umno sentiasa menunjukkan bahawa mereka sedia berpencak di mana saja dengan pihak yang cuba mencabar kedaulatan Melayu dan maruah Islam. Dalam isu antara Jais dan gereja baru-baru ini, Umno bangkit menjulang keris tumpulnya dengan penuh semangat kepahlawanan... tapi bukannya dihalakan kepada puak missionary Kristian, sebaliknya kepada PAS dan Melayu KeADILan kononnya gagal bertegas dengan puak gereja.

Berhari-hari mereka mengejek PAS kerana gagal mengeluarkan kenyataan paling tegas terhadap pihak gereja. PAS dituduh gagal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu JAIS-gereja.

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk mengeluarkan kenyataan rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.


Kenyataan tersebut cukup tegas dan jelas, namun Umno tetap kata PAS tiada pendirian. Tertutup sungguh mata hati Umno.

Di tengah-tengah serangan bertalu-talu terhadap PAS kononnya PAS gagal dalam mempertahankan aqidah Muslim hanya kerana kononnya PAS tidak keluarkan kenyataan rasmi apa-apa, ramai yang tidak sedar rupanya Umno pun sejak bermulanya isu tersebut belum mengeluarkan sepatahpun kenyataan rasmi mengenainya. Najib, Muhyiddin, tiga naib Presiden, ketua Wanita dan Pemuda; tiada seorang pun yang berani mengeluarkan kenyataan rasmi menyanggah pihak gereja. Kenyataan yang banyak dari Umno ialah menyanggah dan memperlekehkan PAS. Seolah-olah Umno terkecuali untuk berbuat sesuatu mempertahankan aqidah Islam, yang pentingnya ialah membelasah pihak lawan bagi meranapkan pengaruh politik mereka. Nawaitu Umno dalam memperjuangkan isu aqidah ini pun sudah tidak betul.

Hakikatnya isu murtad bukan boleh ditangani dengan penguatkuasaan semata-mata. Seseorang itu sudah jatuh murtad sebaik terdetik dalam hati kecil bahawa agama selain Islam adalah benar. Tak perlu masuk gereja, sambil berbaring seorang diri pun seseorang boleh murtad jika dengan redha mengengkari perintah Allah SWT dan pesan Nabi Muhammad SAW.

Maknanya pemahaman dan pemantapan aqidah perlu di peringkat paling asas. Peringkat pra sekolah. Sebab itu PAS menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negara yang mengajar mengenal Allah dan Islam sebagai asas. Tapi PASTI tak disenangi oleh Umno. Berkali-kali cuba diharamkan. Berkat solat hajat dan doa penyokong perjuangan Islam PASTI tetap bertahan. Alasan mereka untuk mengharamkan PASTI hanya berasaskan prasangka jahat Dr. Mahathir kononnya PASTI menyuruh pelajarnya memijak gambar pemimpin UMNO. Fitnah yang sungguh jahat.

UMNO tidak pernah ada pusat asuhan pra sekolah. Yang ada ialah tadika KEMAS milik kerajaan yang mengajar segalanya. Doa dan solat diajar. Menyanyi dan menari pun ada juga diajar. Bila besar boleh jadi artis. Orang yang didedahkan dengan dunia hedonisme begini sejak kecil, lebih mudah untuk terpesong apabila dewasa. Ditambah lagi dengan hiburan tanpa batas melalui peti televisyen saban waktu, di setiap rumah. Semua elemen yang dibenar dan digalakkan kerajaan BN ini adalah jurutarbiyah terbesar yang menyesatkan umat Islam di negara ini. Mereka yang lemah iman inilah yang mudah terjebak dengan kesesatan. Mereka cenderung untuk murtad bukan kerana miskin harta tapi fakir iman. Siapa berperanan besar dalam meyumbang kepada keruntuhan aqidah ini? Jawabnya ialah kerajaan BN!

Sekarang satu Malaysia heboh isu murtad kerana ada orang dijinakkan dengan agama Kristian. Itu jugalah jenis murtad yang Umno cuba juarai sekarang ini. Berpuluh tahun PAS berkonfrontasi dengan Umno berpunca dari isu batas-batas iman dan kufur. Apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud, Umno menyanggah dengan pelbagai penghinaan dan ejekan. Dalam perhimpunan Umno, dalam parlimen hukum Allah itu menjadi bahan persendaan oleh Umno. Mempersenda hukum Allah jelas menjatuhkan seseorang kepada murtad. Bukan sekali, malah berkali-kali para pemimpin Umno persendakan hudud. Cuma masa itu Perkasa dan NGO talibarut Umno belum wujud untuk menghantar mangkuk jamban ke pejabat Umno kerana telah mengajar ramai umat Islam negara ini jadi murtad. Ini adalah jenis murtad di mana orang Islam tidak perlu masuk Kristian. Siapa pelopornya?.. BN!

Sekarang UMNO cuba muncul sebagai juara anti murtad di Selangor, juara anti judi di Pulau Pinang dan juara anti pusat hiburan di Kedah; maka ia tidak lebih dari lakonan opera wayang tongkoi. Ia tidak 'menjadi', sebab orang kenal benar Umno berwatak musang. Jangan cuba nak memakai bulu ayam sampai menutup seluruh badan sekalipun, kerana musang tetap musang.

Oleh: Mr Zulya

Demo Di Masjid Negara - Wartawan Sama Banyak Dengan Pendemo... Jom Lihat....

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".

NONESetiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian.

"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya.

Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

NONEJusteru, PERKASA memohon supaya Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam menitahkan supaya pemimpin Islam bersidang bagi membincangkan isu murtad.

Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".

Ditanya tentang asas kebimbangannya sedangkan jumlah orang Kristian di negara ini cuma 9 peratus, Syed Hassan berkata:

"Itulah yang kita pelik, 9 peratus sahaja, kenapa hendak kejar sangat undi mereka?"

30 anggota berdemo

Beliau juga berharap JAIS mempercepat siasatan terhadap isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dengan dibantu pasukan polis.

NONESebelum itu, Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu.

Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.

"Kalau mereka boleh janji tidak buat perkara itu tidak mengapalah," katanya lagi.



Sementara itu, ditanya tentang sambutan tidak menggalakkan apabila tidak ramai menyertai perhimpunan itu, Syed Hassan mengaku kecewa dengan keadaan itu.

"Ini kita buat ad hoc sahaja. Semalam baru cetak poster," jelasnya kepada kira-kira 30 pemberita dan jurugambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.