Remaja Dirogol Bomoh Muda Dakwa Remaja Ini "Terkena Gangguan Hantu" Ditahan Polis

JITRA: Seorang bomoh berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini yang mendapatkan rawatan di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam dekat sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf berkata pelajar terbabit yang dikatakan terkena 'gangguan' telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya untuk rawatan susulan.

"Sehari sebelum kejadian mangsa dah pergi jumpa bomoh itu dan diberitahu ada hantu menumpang dalam badannya dan disuruh datang semula pada malam keesokan harinya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Jumaat.

Menurut laporan, mangsa dirogol ketika sedang dirawat dalam sebuah bilik di rumah bomoh berkenaan, manakala ibu bapanya berada di ruang tamu.

"Selepas menyedari mangsa dirogol, keluarganya membuat laporan polis dan suspek ditahan di tempat kerjanya di kolam udang Kerpan pada petang Rabu," katanya.

Ibrahim berkata bomoh berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Laman web Perancis, Rue89 Dedahkan PembayaranRM493 juta Oleh Kerajaan Malaysia Bukan Syarikat Perancis Isu Rasuah Beli Kapal Selam Scorpean

KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.

Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 2006 lalu.

Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.

Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.

Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions).

Sibu Bakal Kehilangan Menteri, Pola Penurunan Undi Yang Ketara... Peluang DAP Untuk Menang Cerah di DUN Bawang Assan...

Sibu bakal kehilangan seorang Menteri seandainya calon SUPP-BN DUN Bawang Assan, Wong Soon Koh kecundang. Seandainya Wong kalah, maka jawatan Menteri tersebut akan beralih tangan kepada kawasan DUN lain. Justeru itu, pembangunan juga akan beralih ke kawasan lain - dan Sibu akan kehilangan segala-galanya.

Demikianlah "realiti politik", yang keluar dari bibir Wong Soon Koh (gambar kiri), Timbalan Setiausaha SUPP merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (sebelum DUN Sarawak dibubar) dalam sidang media pada hari ini. Untuk beliau, kenyataan tersebut bukan untuk mengugut pengundinya, tetapi "realiti politik".

"Kalau rakyat tidak menyokong kerajaan, mengapa jawatan Menteri diberikan kepada kamu?" Secara terus-terang Wong Soon Koh berkata, "Saya pasti, seandainya Wong Soon Koh kalah, mustahil Sibu mempunyai seorang Menteri. Kalau kalah, jawatan Menteri akan ke tempat lain. Ini satu kemestian."

Beliau menambah, selain kehilangan Menteri, Sibu akan kehilangan segala-galanya. Beliau mengambil contoh bagaimana kekalahan BN dalam PRK Sibu sebelum ini telah menyebabkan projek tebatan banjir dan peningkatan lapangan kapal terbang di Sibu hampir dihentikan.

Malah ketika didesak pendiriannya terhadap Ketua Menteri Taib Mahmud, Wong cuba mengasingkan pertandingan dirinya dengan Ketua Menteri. "Jikapun saya diundurkan, adakah kamu mampu mengundurkan Ketua Menteri? Mengapa DAP tidak menghantar calonnya untuk bertanding di Balingian, mencabar Ketua Menteri? Itu kerja yang sebenarnya. Kamu menganggap dia tidak cekap, maka pergilah cabarnya!"

Dalam PRN Sarawak 2006, Wong Soon Koh menang dengan majoriti 2,504 undi di DUN Bawang Assan. Bagaimanapun, undi majoritinya menunjukkan pola penurunan, jika dilihat kepada keputusan PRU 2008 (tinggal majoriti 1,458 undi) dan PRK Sibu 2010 (866 undi). Kali ini, Wong berdepan calon DAP Alice Lau Kiong Yieng.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Benarkah Nama SPRM Ditukar Kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Rumah Mayat... Kematian Pegawai Kanan Kastam Adalah Konspirasi Pengarah Kastam Selangor???

SURAT DARI KAKI TANGAN GOMEN:

bro, aku petik dari milosuam. Salam wbth..

Bro aku tak tau nak mula dari mane.. just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kawan aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh, macam kastam mogok pasal kematian ni. Kaunter semua tutup. Polis takeover wisma tak bagi orang masuk. Tak kuar TV kot.. point aku adalah;

Arwah si mati ni diorang cakap bila solat kat wisma dia selalu jadi imam.. so mane logik orang yang beriman nak bunuh diri.., tu satu hal..., dalam banyak2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.

Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan orang kastam) SPRM kantoi voucher RM30 jer dari syarikat forwarding bagi dia. Tapi bukti tak sahih ade atau tak.

Kedua: ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Selangor sengaja nak kenekan dia, ( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer ) sebagai kambing itam dan semua kastam tau pengarah diorang giler pangkat & kuasa.

Ketiga: geng2 forwarding ni cakap yang suke lari cukai, bayar cukai tipu ni semua syarikat2 tempatan yang dimiliki VVIP. Kalau company international semua bayar proper.

Aku juz nak inform kat ko supaya dengan skil yang ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dengan lebih detail, tengok keperibadian si mati ni.majoriti geng forwarding kat port klang percaya dia clean, alim dan baik sahsiah nyer.. lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang, adios - aku kakitangan gomen.

Oleh Tanpa Nama pada AWAS BERJAGA JAGA pada 11/04/07
April 07, 2011


Nota: hahaha.... Suruhanjaya Perkhidmatan Rumah Mayat (SPRM) dah semakin kantoi beb... muakakaka..... VVIP ada yang dah panaih berlengas bontot beb... muakakaka... apa yang tak boleh di Malaysia ni beb.... muakakaka....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.