Terkini: ADUN Parit Raja, Johor Kena Serangan Jantung


JOHOR BARU, 23 Mei — Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada.

Serangan jantung itu dipercayai berlaku semasa Abd Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan negeri Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Ali Hassan berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjaun mesra itu.

“Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu,” kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau. — Bernama

Isteri Ke2 Sultan Kelantan Hampa Lagi, Tidak Dibenar Ziarahi Suami

Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.— Gambar fail

KOTA BARU, 23 Mei — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan sekali lagi hampa apabila hasratnya untuk melawat terhalang, kali ini lebih malang apabila baginda sendiri dikatakan bertitah tidak membenarkan dia menghadap.

Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan meninggalkan premis itu 30 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk.

“Maaf encik, saya dititahkan oleh Tuanku sendiri (Sultan Kelantan) tidak benarkan menghadap.

“Saya hanya menjalankan perintah,” kata seorang pegawai Istana Mahkota ketika menyampaikan titah itu kepada rombongan Elia Suhana di pintu pagar Istana Mahkota.

Cubaan kali pertama Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan sekembalinya dari Singapura 4 Mac lalu yang juga berakhir dengan kegagalan setelah dikatakan dihalang oleh Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 12 Mac lalu.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada 21 Feb lalu, Elia Suhana memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Tengku Anis kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang telah membenarkan beliau menziarahi baginda antara Sabtu dan Isnin setiap minggu.

Perintah mahkamah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan sepertimana hari dan masa yang ditetapkan tersebut telah dikeluarkan pada 4 Feb lalu melalui Hakiam Syarie Abdullah Man yang ketika itu baginda sedang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Elia Suhana kelihatan kecewa apabila kehadirannya atas kapasiti sebagai seorang isteri terus mendapat halangan.

“Sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk menziarah Tuanku.

“Kehadiran saya atas kapasiti seorang isteri, lagipun dengan perintah mahkamah.

“Perintah mahkamah berhubung hak lawatan saya ke atas Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin masih sah,” kata beliau kepada pemberita.

Rabu lepas Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Baru membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah 4 Feb lalu.

Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Pada 4 April lalu, mahkamah yang sama telah menangguh kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya dengan alasan mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini yang mendakwa Sultan Kelantan telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Feb lalu.

Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini di mahkamah.

“Kita dimaklumkan oleh seorang pegawai istana tadi mengatakan Sultan (Kelantan) bertitah tidak mahu jumpa dengan Che Puan Elia dengan alasan mengatakan Sultan telah melafazkan cerai.

“Jadi kita akan fikir macam mana tindakan selanjutnya sebab kes ini berada di mahkamah,” katanya.

Gerakan Anti Samy:: MIC Nafi Hadapi Krisis Besar... Ular Lidi Nak Lawan Ular Tedung.. Jenuhhh...

Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam berkata tiada krisis besar dalam parti kecuali sedikit masalah.

Menteri Sumber Manusia itu berkata masalah-masalah itu boleh diselesaikan oleh parti dan "MIC akan mengatasi masalah-masalah ini dan terus bersatu, kukuh dan dengan tenaga yang besar bagi menghadapi cabaran mendatang dan untuk memberi khidmat yang lebih baik bagi kaum India."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berharap parti itu mampu menyelesaikan masalahnya berikutan gesaan yang dibuat tiga pemimpin MIC agar presiden parti Datuk Seri S Samy Vellu segera berundur.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pemuda MIC yang disingkir V Mugilan dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Aman.

Awal minggu ini, Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau akan berundur sebagai presiden parti "lapan atau sembilan bulan“ sebelum tempoh penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mei 2012.

Berikutan kontroversi yang ditimbulkan oleh Mugilan, KP Samy dan Kumar, para pemimpin kanan parti termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel dan Dr Subramaniam mempertahankan pelan persaraan Samy Vellu dan meminta ketiga-tiga mereka untuk menghormati keputusan itu.

- Bernama

Kedah tetap utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususny daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Se

hubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.

“Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat , saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.

"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh.

"Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya.

Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi A

DUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

“ Ini

cerita lama kerana Bn tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pemabngkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

K

atanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Aziza

n berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.