Gerakan Anti Samy:: MIC Nafi Hadapi Krisis Besar... Ular Lidi Nak Lawan Ular Tedung.. Jenuhhh...

Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam berkata tiada krisis besar dalam parti kecuali sedikit masalah.

Menteri Sumber Manusia itu berkata masalah-masalah itu boleh diselesaikan oleh parti dan "MIC akan mengatasi masalah-masalah ini dan terus bersatu, kukuh dan dengan tenaga yang besar bagi menghadapi cabaran mendatang dan untuk memberi khidmat yang lebih baik bagi kaum India."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berharap parti itu mampu menyelesaikan masalahnya berikutan gesaan yang dibuat tiga pemimpin MIC agar presiden parti Datuk Seri S Samy Vellu segera berundur.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pemuda MIC yang disingkir V Mugilan dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Aman.

Awal minggu ini, Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau akan berundur sebagai presiden parti "lapan atau sembilan bulan“ sebelum tempoh penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mei 2012.

Berikutan kontroversi yang ditimbulkan oleh Mugilan, KP Samy dan Kumar, para pemimpin kanan parti termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel dan Dr Subramaniam mempertahankan pelan persaraan Samy Vellu dan meminta ketiga-tiga mereka untuk menghormati keputusan itu.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.