AKHIRNYA Mukhriz ‘Menyerah Kalah’ Buat Kali Kedua Sebagai MB ku, Umum LETAK JAWATAN Hari Ini?


Bukan lagi satu rahsia dalam kalangan pengamal media di Kedah, pagi ini jam 10 pagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan satu sidang media tergempar bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber turut mendedahkan, Mukhriz yang juga merupakan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dimaklumkan bahawa kerajaan yang  diterajuinya sudah hilang sokongan majoriti. 
Bakal MB baru akan dilantik
Oleh yang demikian, Mukhriz yang sebelum ini masih lagi ‘yakin’ dapat bertahan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Menteri Besar baharu untuk memegang tampuk kuasa negeri itu.
“Seperti sejarah lalu ketika 2016, ianya bakal berulang sekali lagi buat kerajaan Mukhriz. Sebenarnya sudah beberapa lama kebelakangan ini beliau kehilangan majoriti ini.
“Sejurus selepas pengumuman peletakan jawatan itu, parti Pas akan membuat sidang media berkaitan Menteri Besar baharu di Alor Setar esok,” katanya ringkas tanpa memberi butiran terperinci.
Difahamkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Muhammad Sanusi Md Nor akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah baharu pada sebelah petang di Wisma Darul Aman.
Ketika ini kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri giat melakukan persiapan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.
Suasana politik di Kedah semakin panas apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Good bye!!!
Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.
Tindakan Azman dan Ling itu menyaksikan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.
Pas dan UMNO yang sebelum ini memiliki 17 kerusi (Pas-15, UMNO-2) dijangka menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan sokongan dua wakil rakyat tersebut, dengan majoriti mudah 19 kerusi. 
–Dipetik dari  MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.