TERBAIK... Anak Bekas Imam Masjid Negara Calon PAS Kerusi Parlimen Permatang Pauh




KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai calon PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman tersebut dibuat pada program Ceramah Di Ambang PRU-14 dan Majlis Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Ucapan itu disiarkan menerusi laman Facebook.
Sementara itu, dalam sidang media selepas program itu, Tuan Guru Abdul Hadi menyuarakan keyakinan bahawa masyarakat Cina di Permatang Pauh akan menyokong PAS.
Menjelaskan perkata itu, beliau berkata masyarakat Cina Permatang Pauh pernah menyokong Haji Zabidi untuk menang kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1978.
“Dia pernah melihat khidmat Haji Zabidi jadi ahli Parlimen. Dia menang pada masa itu. PAS pernah menang tahun 78,” ujar beliau menerangkan berkaitan sejarah PAS bertanding di Permatang Pauh.
Beliau juga menegaskan bahawa kedudukan PAS sekarang lebih baik dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbanding zaman Haji Zabidi yang tidak memiliki DHPP.
“Dulu kita tak ada Dewan Himpunan Penyokong pun kita boleh dapat sokongan. Sekarang ni sudah ada Dewan Himpunan Penyokong daripada kaum Cina, kaum India dan lain-lain,” kata beliau.
Afnan Hamimi adalah anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Ustaz Dato’ Taib Azamudden Muhammad Taib. 

– HARAKAHDAILY 16/4/2018

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.