Tahniah!!! Bakal Calon PAS Bagi Parlimen Jerai Dari Kampungku.. Selamat Berjuang..



ALOR SETAR: PAS Kedah melakukan pertukaran calon di parlimen Jerai berikutan Ustaz Mohamad Ismail menarik diri berkaitan masalah teknikal melibatkan perundangan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kerusi tersebut diganti seorang pendidik, Ustaz  Sabri bin Haji Azit, 52.

Katanya, calon terbabit merupakan guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Muadzam Shah, Kota Sarang Semut.
"Beliau lulusan Universiti Malaya pada 1990 dan dilantik sebagai Munsyi Dewan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2013," katanya pada sidang media di pejabat negeri hari ini.
Mohd Sabri yang tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai urusan di Kuala Lumpur.
Beliau menetap di Kampung Sungai Lentang, Yan, Kedah. Mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak.

– HARAKAHDAILY 26/4/2018

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.