Hangat!!! Inilah Punca Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Selangor Keluar Parti



Pengarah biro pilihan raya PAN Selangor dan Ketua Bahagian Kota Raja Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.
Timbalah Ketua Bahagian PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.
"Betul, saya pun baru baca di Malaysia Dateline. Saya cuba hubungi beliau tapi tak dapat.
"Komunikasi dalaman kita sudah dimaklumkan melalui whatsapp. Tapi saya belum melihat surat itu," katanya.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak rasa suaranya didengar dan usahanya tidak dihargai oleh pemimpin PAN pusat dan negeri.
“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.
“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.
“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” katanya.
Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihan raya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015. Beliau kemudian meninggalkan PAS pada 2016 untuk menyertai PAN.
Sebelum itu, Jaafar pernah menjadi ahli Umno dan Semangat 46 serta pernah berkerja di bawah bekas menteri besar Selangir Datuk Seri Harun Idris
Jaafar bagaimanapun menafikan beliau kecewa tidak dicalonkan di kerusi parlimen Kota Raja dan kerusi DUN Meru.
“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih," katanya.
Siti Mariah berpendapat, Jaafar meletakkan jawatan kerana tidak tercalon di Kota Roja.
"Ini keputusan parti yang kita mesti terima. Ini lumrah dalam politik dan kita mesti bersedia," katanya.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Jaafar tidak bersetuju presiden parti itu Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon Kota Raja.
Siti Mariah menafikan perkara ini dan berkata Jaafar sedia maklum perkara itu.
"Mustahil Jaafar tidak tahu, beliau berada dalam kepimpinan negeri dan langkah ini sudah dibincangkan untuk beberapa lama," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.