Biar Gambar Berbicara: JERAI!!! Sebak dan Pilu Menyelubungi Hari Penamaan Calon Di Perkarangan Dewan Dato' Madi





Sebak dan pilu menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai. Calon PAS Ustaz Sabri Azit tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya, Hajah Aishah yang berusia 75 tahun di luar pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan sebaik sahaja ibunya yang agak uzur turut sama hadir walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh.


"Dia adalah anak yang baik dan mempunyai ramai anak-anak  murid dalam kawasan Jerai yang belajar dengannya. Mak Ndak berharap Allah swt beri kemenangan kepada PAS dan berharap dia berjaya!" kata ibunya.
Ustaz Sabri adalah calon terbaik untuk Parlimen Jerai. Beliau mendapat sokongan penuh dari kaum keluarga yang turut serta di hari penamaan calon walaupun terpaksa pulang dari jauh. Turut memberi sokongan yang luar biasa di hari penamaan calon pada hari ini. Diangarkan ahli dan penyokong PAS yang turut hadir memberi sokongan lebih lapan ribu orang.


Pencalonan Ustaz Sabri diumumkan oleh  Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada jam 12.04 tengahari. Persaingan 3 penjuru iaitu dari BN dan PKR.

Pencalonan turut juga melibatkan Untuk Dewan Undangan Negeri N20 Sungai Limau yang melibatkan pertandingan 3 penjuru. Calon PAS diwakili oleh penyandangnya iaitu Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat.

Bagi N21 Guar Chempedak diwakili Oleh Ustaz Musoddak Haji Ahmad manakala N22 Gurun melibatkan pertandingan 4 penjuru. Sdr Muzaini bin Azizan mewakili PAS













0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.