Terkini: Dakwaan Pengerusi PH Kelantan, Tuan Husam Musa Tersasar




KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan tuduhan Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa yang  mendakwa sebuah syarikat yang belum wujud diberi tender projek menaik taraf Loji Air Merbau Chondong.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat tawaran tender terbuka projek Merbau Chondong pada 12 November 2014.
Katanya, sebanyak lima syarikat mengemukakan tawaran tender berkenaan.

IKLAN


"Setelah melalui peringkat penilaian tender oleh perunding bertauliah, kesemua tawaran tender diangkat untuk kelulusan dan pelantikan kontraktor bagi projek tersebut," katanya pada sidang media di Wisma Air hari ini.
Semalam Husam yang juga Naib Presiden PAN mendakwa sebuah syarikat usaha sama dianugerah surat setuju sedangkan ia ditubuh dua bulan kemudian.
Hanifa juga berkata, keputusan dibuat untuk meluluskan syarikat Cdah Construction Sdn Bhd JV Jangka Prestasi Sdn Bhd selepas melepasi tiga tahap utama. 

-HARAKAHDAILY 6/3/2018

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.