TERKINI!! Ahli MT UMNO Gesa SPRM Siasat Sumber Kewangan INVOKE, NOW.. Mengapa?



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber Kewangan dua badan bukan kerajaan yang disokong PKR, INVOKE dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW). Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, kerana persoalan mengenai ketelusan penggunaan dana oleh NGO itu dibangkitkan sendiri Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rusly.

"Jika dakwaan daripada Adam benar, siasatan oleh SPRM perlu segera dijalankan. Saya yakin, rakyat juga mahu tahu ke mana dan bagaimana dana yang disumbangkan oleh rakyat dibelanjakan. "Sudah seharusnya dana itu diguna untuk tujuan lebih murni dan bukan mengadakan program propaganda yang menghasut dan memfitnah. "
Selama ini Rafizi (Ramli) sering lantang dengan tohmahan serta tuduhan liar terhadap orang lain seolah-olah beliau itu 'maksum' atau tidak ada dosa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Percakaran antara dua pemimpin PKR ini timbul selepas Rafizi menasihatkan Adam berehat daripada jawatan politik disandangnya selepas dirinya didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini atas enam tuduhan mengemukakan pernyataan dan dokumen palsu kepada SPRM, Februari lalu.

Mengulas lanjut, Irmo yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, percakaran dalaman antara Rafizi dan Adam bagaikan sudah tidak boleh diselindungi lagi.


Justeru, beliau mahu rakyat menolak PKR sejauh yang mungkin kerana tidak relevan, sebaliknya terus utuh untuk bersama Barisan Nasional (BN) yang lebih jelas hala tujunya dalam menerajui negara dan membawa Malaysia ke arah lebih baik menerusi Transformasi Nasional 2050.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.