Olimpik: Peng Soon, Liu Ying mara ke final.. Jom Terjah!!!





PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi wakil pertama negara berjaya mara ke pentas akhir acara badminton pada aksi Sukan Olimpik Rio kali ini.

Kemenangan itu bukan sahaja memastikan pingat Perak dalam genggaman mereka, tetapi juga meletakkan pemburuan emas pertama Malaysia itu pada sukan Olimpik berada di landasan terbaik.

Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19 sebentar tadi pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro.

Lebih manis, kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat.

"Persefahaman antara kami meningkat di atas gelanggang dan menghadapi pasangan China bukan tugas yang mudah.

“Namun kekuatan mental yang menentukan kemenangan ini dan kami akan buat terbaik di pentas final nanti,” kata Peng Soon selepas perlawanan mereka.

Pada aksi akhir, Peng Soon-Liu Ying bakal menanti  pilihan utama Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China atau pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyanas Natsir yang akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

-SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.