TERKINI!!! Pas Sarawak Ulangi Tidak Akan Sertai BN.. Jom Terjah!!!

Jofri JaraieeJofri JaraieePas Negeri Sarawak menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu sama sekali tidak akan bergabung atau menyertai Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak.

Pesuruhjayanya Jofri Jaraiee berkata Pas negeri itu akan tetap berada di posisi rakyat memperjuangkan nasib, hak serta tuntutan warga Bumi Kenyalang ini.

"BN Sarawak selaku parti komponen yang telah memerintah negeri ini lebih 50 tahun ternyata gagal membela dan mempertahankan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak secara menyeluruh.

"Hasil dan kekayaan Sarawak diambil dan dimiliki bukan peribuminya, bahkan majoriti rakyat negeri ini hidup dalam kedaifan yang mendukacitakan termasuk tanpa kemudahan dan infrastruktur asas.

"Pas menyelar dan menentang ketidakadilan, kezaliman, penyelewengan serta ketidakpedulian pemerintahan BN Sarawak dan Persekutuan terhadap kepentingan negeri ini.

"Semua kemungkaran politik ini mesti dibetulkan dengan peranan dan suara kukuh Pas menerusi ruang yang ada.

"Sehubungan itu teramat penting Pas mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Sarawak," ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Harakahonline.

Jofri berkata, Pas akan bertindak dengan peranan 'semak dan imbang' yakni selaku pembangkang yang konstruktif demi kepentingan rakyat dan negeri.
Pas akan menegur dan menasihati kerajaan dalam memastikan pelaksanaan hak rakyat ditunaikan. Manakala setiap penyelewengan dikritik dan ditentang. Pas akan memastikan setiap kezaliman kepada rakyat dicegah.

Sehubungan itu ujarnya lagi, sebarang dakwaan bahawa Pas akan bersama BN adalah sama sekali tidak benar.

Sebaliknya Pas akan terus berjuang untuk menggantikan BN dengan menegakkan pemerintahan Islam yang adil untuk semua masyarakat Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.