GEMPAR!!! Lebih Sejuta Pelanggan MAXIS Beralih Arah, Kenapa?... JomTerjah!!!

[Image: 13015402_1139063422791624_14522781268419...5dbe4e190f]
PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.


Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

 

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.


Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.


Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.

Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.


Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.


“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.

Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.


Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.


Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu. 


- FMT

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.