PUTRAJAYA - Operasi sebuah medan selera dan beberapa premis makanan di
pusat membeli-belah IOI City Mall, di sini, hampir lumpuh apabila lebih
200 pekerja asing ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Imigresen
Putrajaya, malam ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat yang menyertai operasi itu berkata, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial, tinggal lebih masa dan tiada dokumen sah.
"Dalam serbuan yang bermula pukul 8 malam, seramai 120 anggota dan pegawai Imigresen terlibat dalam pemeriksaan ke atas kira-kira 150 premis dan lebih 500 pekerja asing.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Menurutnya kesemua yang ditahan akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.
Masir berkata, Imigresen akan terus mempergiatkan operasi di seluruh negara untuk mengesan, menahan, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar undang-undang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Katanya, sejak 1 Januari hingga 15 Mac tahun ini, sebanyak 2,418 operasi telah dilaksanakan dan seramai 42,605 warga asing telah diperiksa.
Daripada jumlah itu, katanya, seramai 12,473 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan 276 majikan serta dua ejen telah ditahan.
Tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu 4,003 orang, Bangladesh (2,936), Filipina (1,736), Myanmar (1,244), Thailand (504), Nepal (481), Vietnam (426), Pakistan (408) dan bakinya adalah dari negara-negara lain.
- Bernama

0 comments:
Post a Comment