Aittt!!! Presiden PAS 'Bela' Ketua Menteri P.Pinang Isu Pembelian Rumah Banglo RM2.8Juta.. Jom Terjah!!!



hadi-guan-eng
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak patut dihukum selagi beliau tidak didapati bersalah terlibat dengan penyelewengan berhubung isu pembelian rumah banglo berharga RM2.8 juta.
Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang ramai sepatutnya menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.
“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Sebelum ini, SPRM berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung pembelian rumah banglo oleh Guan Eng yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang pula mengaitkan pembelian rumah banglo itu dengan skandal Taman Manggis pada 2012.
SPRM dilaporkan akan menyiasat kes itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.
Isu pembelian rumah oleh Guan Eng timbul apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu.
Shabudin mendakwa, nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Guan Eng menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga banglo itu dpersetujui selepas rundingan terus dengan pemiliknya.
“Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat,” kata Guan Eng.

-SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.