SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Mr Os muncul atas pentas Pas 
ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis menimbulkan tanda tanya 
selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, 
Pemuda Pas (DPP Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa 
berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. 
Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”


Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama 
sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika 
diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti 
mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. 
Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan 
Pas dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya 
kepada Sinar Online.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima 
penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, 
Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.