Kota Bharu: Berikutan rakaman video aksi ganas wanita
dipukul di Kelantan yang menjadi viral baru-baru ini, suspek utama
kejadian direman lagi selama empat hari lagi mulai hari ini berikutan
satu kes menceroboh premis untuk mengakibatkan kecederaan yang terjadi
pada November tahun lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat
Jahari di Mahkamah Majistret hari ini dan akan berakhir pada Khamis ini.
Wanita terbabit yang berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan reman
selama enam hari berikutan video pergaduhan viral yang disiasat di bawah
Seksyen 324 Kanun keseksaan.
Memetik laporan dari myMetro,
suspek tersebut ditahan reman empat hari berikutan satu laporan polis
yang dibuat oleh ibu seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang
mendakwa suspek adalah seorang dari tujuh individu yang memukul anaknya
hingga menyebabkan anaknya cedera di bahagian muka dan patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perkara tersebut.
“Kita perlu menahan remannya lagi untuk siasatan terhadap kes pada 2014 membabitkan mangsa remaja perempuan.
“Mangsa baru-baru ini menghubungi polis selepas mengecam suspek menerusi rakaman video yang tersebar dalam Facebook,” katanya.
0 comments:
Post a Comment