TERKINI - 107 maut, 238 Cedera Kren Tumbang Di Masjidilharam


RIYADH: Angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera.


Angka terbaharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi ini.

"Semua mereka yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital," kata Jeneral Suleiman al-Amr, ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam kepada rangkaian televisyen al-Ikhbariya.

Angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan menghempap di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.