Piala Malaysia: (Video) Kedah Menang Besar.. Jom Saksikan...



Kedah menepati ramalan awal apabila melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Terengganu pada aksi kedua Piala Malaysia 2015, malam Jumaat.
Pemain import, Sandro da Silva muncul wira Kedah apabila menjaringkan hatrik pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu.
Dengan kemenangan itu, Kedah menghuni tangga teratas Kumpulan A.
Selepas membuka jaringan pada minit ke-51, Silva meledak gol keduanya pada minit ke-65 menerusi penalti diikuti hatrik pada minit ke-81.
Sementara itu, Farhan Roslan meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-72 dengan Alif Fadhil Ismail melengkapkan jaringan pada minit ke-85.
Selepas dibolosi tiga gol pada babak kedua, tekanan ke atas Terengganu bertambah menyaksikan Nor Shahrul Idlan Talaha dibuang padang kerana mengasari pemain Kedah, Osman Yusof pada minit ke-75.
Gol Kedah v TerengganuKemenangan yang dicari berkesudahan dengan jaringan meyakinkan, 3 mata berharga di halaman sendiri.Kedah 5-0 Terengganu. Gol Hattrik oleh Sandro dan 1 gol masing-masing oleh Muhd Farhan Roslan dan Alif Fadhil.
Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Friday, 18 September 2015
Pada perlawanan pertama menentang Lions XII minggu lalu, Kedah diikat 1-1 di laman lawan manakala Terengganu turut mencatat keputusan seri bertemu Johor Darul Ta'zim II.
Dalam aksi Kumpulan C, Kelantan sekadar terikat seri 1-1 dengan Felda United di Stadium Sultan Mohammad ke-IV.
Kelantan berjaya mendahului menerusi jaringan Gilmar pada minit ke-48.
Namun, FELDA bangkit menyamakan kedudukan menerusi Syamim Yahya pada minit ke-62.
FELDA menduduki tangga teratas Kumpulan C manakala Kelantan di tempat kedua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.