HOT!!! KHALWAT : Ustaz Sharhan Kena WARAN TANGKAP.. Singkap Kisah Sebenarnya.. Jom Terjah!!!


Berita panas yang terpapar di akhbar ini mengundang banyak persoalan dari pembaca. Masing-masing minta pendapat adakah logik isi berita yang dibaca di media.

Tanpa prejudis dan menyentuh kewibawaan mahkamah, kami setuju dengan pendapat pembaca bahawa ada kekeliruan di sebalik kes ini. Ini kerana agak pelik juga bilamana 2 wanita adik beradik ini boleh 'berkhalwat' dengan seorang ustaz. Si adik bahkan sudah mengaku salah dalam pertuduhan pertamanya.

Seperkara lagi, agak pelik apabila Ustaz Sharhan yang sering kita lihat di TV ini tidak hadir ke mahkamah untuk penyelesaian kes ini. Bahkan diberitakan di mana duduknya beliau juga tidak diketahui.

Khilaf begini boleh terjadi pada sesiapa sahaja kerana kita semua manusia biasa yang tidak maksum. Sebelum ini pun banyak juga dilapurkan kes khalwat melibatkan pemimpin politik, guru agama, ustaz, imam bilal dan sebagainya. Ada juga yang mengaku salah walaupun kebanyakkannya mencari helah.

Untuk kes Ustaz Sharhan ini kami terfikir akan beberapa kemungkinan yang boleh memberi ruang untuk kita bersangka baik dan membersihkan nama beliau....

Boleh jadi beliau telah bernikah di mana-mana, atau telah dinikahkan oleh wali mereka tanpa rekod, namun enggan diketahui umum pernikahan itu atas sebab-sebab yang kita tidak tahu.

KESIMPULAN

Ada baiknya juga jika Ustaz sendiri atau mana-mana kaum kerabatnya yang tahu cerita sebenar tampil berkongsi maklumat yang kira-kira boleh mengurangkan atau membersihkan fitnah yang telah berlaku.

Namun begitu, penting sekali kita semua lebih berhati-hati. Gandakan usaha untuk mematuhi arahan Allah agar perbuatan yang 'mendekatkan diri' kita dengan zina dapat dijauhi. Jagalah aurat dan batas pergaulan kita, baik dengan ustaz, imam, bahkan terhadap abang, bapa dan datuk kandung kita juga.

Semuga apa yang telah berlaku dapat sama-sama kita ambil pelajaran dan iktibar daripadanya.

Tanpa prejudis,
WARGA PRIHATIN

P/S: BENAR SEPERTI YANG DIJANGKA, USTAZ DIBERITAKAN TELAH BERNIKAH DENGAN TERTUDUH. KERATAN AKHBAR PENJELASAN BELIAU ADA KAMI SERTAKAN DI RUANG KOMEN SEPERTI BERIKUT. TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG MAKLUMAT. SAMA-SAMA KITA SEBARKAN KERATAN AKHBAR PENJELASAN USTAZ UNTUK MEMBANTU MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU (INSYAALLAH).




-SUMBER

***********************


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Penceramah bebas, Sharhan Shafie (gambar) dikenakan waran tangkap setelah gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bagi menghadapi tuduhan berkhalwat dengan dua beradik, dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin mereka, Mohd. Zainu­ddin Abdul Ya­min, 45, yang juga gagal hadir pada prosiding bagi sebutan per­tama kes itu hari ini.

Mohd. Amran mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainor Rashid Hassin yang memberitahu mahkamah, pihaknya telah menghubungi kedua-dua tertuduh untuk mengingatkan mereka tentang tarikh sebutan hari ini.

“Sikap kedua-dua tertuduh amat mendukacitakan kami, malah tertuduh ketiga, Masbellinda yang hadir di mahkamah hari ini juga tidak mengetahui di mana kedua-dua tertuduh berkenaan,” ujarnya.

Pada prosiding tersebut, Masbellinda, 21, yang merupakan adik Umi Masjuri mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Sharhan, 39, di sebuah apartmen di Taman Keramat Wangsa di sini pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, Mohd. Amran tidak merekodkan pengakuan itu setelah memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau merupakan hakim yang mendengar kes pengesahan perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang berlangsung semalam.

“Adalah wajar kes ini didengar di hadapan hakim lain supaya tidak timbul prejudis terhadap pihak-pihak yang terlibat malah tarikh kejadian dan pertuduhan ada kaitan dengan kes semalam yang mungkin akan menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes yang belum diselesaikan) kepada kes,’’ ujar beliau.

Namun begitu, beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut diwakili Pendakwa Syarie, Mohd. Ihsan Mohamad Daud agar Masbellinda diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes.

Sharhan atau dikenali sebagai Ustaz Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di program popular Tanyalah Ustaz di stesen TV9.

BERNAMA - 28 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.