Allahu Rabbi!!! (Gambar & Video) Rentetan Kisah Anak Yatim Dipaksa "MINTA MAAF" Dengan Cium Kaki Anak Tauke Kedai Menarik Perhatian Menteri Besar.. Jom Terjah!!!


Pelajar tingkatan tiga dari Seberang Takir, Kuala Nerus yang nekad berhenti sekolah selepas video yang memaparkan dirinya dipaksa mencium kaki seorang perempuan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini akan kembali bersekolah pada minggu depan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pelajar perempuan yang dikenali sebagai Mia itu akan menyambung semula pelajaran yang terkandas di sebuah sekolah di Kemaman dan pihak Yayasan Terengganu (YT) telah diarah menguruskan perkara tersebut termasuk berkaitan soal asrama.

Beliau yang sempat meluangkan masa bertemu pelajar itu di rumahnya Sabtu lalu mendapati anak yatim berkenaan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar bagaimanapun terhalang akibat rasa malu diejek rakan-rakan. 



"Saya terkejut bila dimaklumkan tentang kes pelajar berhenti sekolah, saya tidak boleh berkompromi dalam isu pendidikan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku di kawasan saya, Dun Seberang Takir.

"Sebagai jaminan untuk Mia, saya juga minta pihak YT membuat pemantauan di samping memberi makluman awal kepada pihak sekolah agar kita dapat mengelak sebarang gangguan terhadapnya kerana kita tidak mahu kejadian di luar dugaan berulang lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di sini hari ini.‎

Turut hadir isterinya Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof serta Pengarah Pembangunan Wanita negeri, Saharuddin Mohd Kia.

Dalam kejadian pada 8 dan 9 September lalu, Mia mendakwa beliau dipaksa melakukan perbuatan tersebut selepas dipaksa oleh ibu kepada perempuan berkenaan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Sementara itu, Ahmad Razif turut meminta kedua-dua pihak khususnya ahli keluarga menyelesaikan permasalahan secara murni sekali gus menjernihkan keadaan. - Bernama


Itu beritanya... Ini pula asal mulanya...


SUNGGUH melampau dan keterlaluan.. satu klip video yang merakam aksi seorang gadis dipaksa mencium kaki seorang perempuan yang merupakan anak tauke sebuah restoran tersebar menjadi viral di media sosial baru-baru.

Perbuatan biadap dan kurang ajar si anak tauke itu sekali gus mencetuskan amarah malahan dikecam oleh ramai netizen tempatan sendiri.

Lebih mengejutkan, kejadian yang dikatakan berlaku di Seberang Takir, Terengganu ini dikatakan mendapat sokongan dan disaksikan oleh ibu si pembuli itu.

Bahkan, akibat trauma dengan insiden tersebut, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga dikatakan nekad berhenti sekolah berikutan berasa amat malu.


Menurut pelajar yang hanya mahu dikenali Mia, sebelum insiden dipaksa cium kaki, perempuan itu pernah memukulnya dan cuba menanggalkan pakaiannya pada hari yang berbeza.

“Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.

“Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai.

“Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya.


“Bagaimanapun, selepas kejadian itu, saya didesak untuk bertemu di restoran milik keluarganya dengan alasan dia telah menyesal.

“Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

“Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf,” ujarnya.

Jelas Mia, ketika kejadian dia yang terkejut diperlakukan sedemikian, tiada pilihan lain selain mengikuti arahan ekoran dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.

MYNEWSHUB difahamkan, Mia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu baharu sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.

Berikutan kejadian, dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. – MYNEWSHUB.CC


Klip video tentang seorang anak yatim dipaksa mencium kaki seorang remaja perempuan yang kelihatan sangat sombong dengan disaksikan oleh seorang wanita yang dikatakan ibu remaja sombong tersebut yang sedang bertepuk tangan, viral di media-media sosial minggu lepas. 

Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan kedai makan milik ibu bapa remaja sombong tersebut di Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu.

Pendedahan tersebut menyebabkan orang ramai memulau dan memboikot kedai makan yang diusahakan oleh ibu bapa remaja sombong tersebut. 

Walau apa pun dialasankan oleh remaja sombong itu dan ibunya, hakikatnya, mereka telah menganiaya seorang anak yatim. Sedangkan seharusnya mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, perlu sedar bahawa menganiayai anak yatim adalah satu dosa besar.

Sudah sepatutnya remaja perempuan sombong itu dan ibu bapanya dihukum. Tiada sebarang kompromi untuk golongan penyombong seperti itu. Wajah dan bentuk tubuh badan mereka perlu didedahkan agar orang ramai dapat mengenali golongan yang sangat suka menganiaya anak-anak yatim!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.