ADOI!!! (Gambar2) Lebih 20 Orang Ditangkap Oleh Polis Dalam Himpunan #TangkapNajib Depan Sogo.. Jom Terjah!!!

 
Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.
 
Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.
 
Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.
 
Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.
 
Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.
 
Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan

 
 
 Demo tangkap Najib bertukar jadi demo tangkap rakyat..
Najib guna kuasa polis utk senyapkan rakyat! Ramai di tangkap di Sogo
 
Anak muda yang penakut negara akan hancur. Azen Harriths, Muhammad Aiman Hakim dari band The BangsArt ditangkap. 
 
 Hadi Khalid dijatuhkan dan ditangkap walaupun bukan beliau yang rompak duit rakyat. 
 
Turut ditangkap Ezzuandi Ngadi, Sidiqin Omar dan kutu Bangsar lain selepas Adam Adli, Mandeep Singh 





POLIS mengarahkan peserta perhimpunan anjuran belia dan aktivis pelajar mengosongkan kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) hari ini.

Pemilik premis perniagaan di sepanjang jalan itu turut menutup kedai termasuk Kompleks Sogo. 

Polis juga menutup Jalan TAR dari persimpangan Sogo ke Dataran Merdeka. 

- Foto NSTP

-SUMBER

********************************

[Image: himpunan-600x360.jpg]
Pada 3 petang, pihak polis mula menutup kawasan Sogo dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Foto TRP/Rajina Dhillon

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Lebih 20 orang ditangkap oleh pihak polis dalam himpunan #TangkapNajib.

Sekitar 100 orang peserta menyertai himpunan berkenaan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini.

Pusat beli-belah berkenaan juga ditutup begitu juga dengan premis-premis perniagaan berhampiran.

Himpunan berkenaan bermula pada 2 petang dan mereka melaungkan slogan #Tangkap Najib sebelum pihak polis mula mengambil tindakan.

Dua letupan kuat kedengaran sekitar pukul 2.20 dan 2.30 petang dan ia dikatakan daripada mercun yang dilempar oleh peserta himpunan.

ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan aktivis mahasiswa Fahmi Zainol ditangkap pihak polis.
[Image: himpunan-2.jpg] 
 
Polis mula meminta orang ramai beredar daripada kawasan himpunan. – Foto TRP/Ikhwan Hazwan

Sekitar pukul 2.45 petang pihak polis memberi amaran kepada orang awam, peserta himpunan dan juga pihak media supaya beredar daripada kawasan Sogo.

Sekiranya enggan, pihak polis akan mengambil tindakan.

Sementara itu, pada 3 petang, pihak polis mula menutup kawasan Sogo dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Polis mula meminta orang ramai beredar daripada kawasan himpunan. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.