Laa!!! Akhirnya Menteri KDN Bersuara Isu Helikopter Yang Dinaikinya Mendarat Di Tempat Pendaratan Milik Tentera Indonesia.. Jom Terjah!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia satu kesilapan nyata dan bukan pencerobohan apabila helikopter Sabah Air yang dinaikinya mendarat di tempat pendaratan milik tentera Indonesia dekat sempadan Sabah dengan Indonesia semalam.

"Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan. Tetapi juruterbang mendapati tempat pendaratan digenangi air. Jadi, dia menerbangkan helikopter untuk mencari tempat alternatif untuk mendarat," katanya kepadamedia di Kuching malam tadi.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis Iftar dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kontinjen polis negeri di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.

Beliau berkata juruterbang helikopter segera berlepas setelah menyedari kesilapan itu dan kemudian mendarat di Wallace Bay di Sabah. 

"Saya berharap pihak media dari Malaysia dan Indonesia tidak akan memanipulasi insiden itu.

"Kami telah menjelaskan kepada Kedutaan Indonesia. Saya juga telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Beliau berkata, hari ini Kementerian Dalam Negeri akan menghantar sepucuk surat penjelasan kepada Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman untuk beliau menyerahkan surat itu kepada rakan sejawatannya dari Indonesia.

"Saya berharap perkara itu telah selesai kerana ia bukan kes pencerobohan tetapi kesilapan oleh juruterbang. Kita tidak harus membiarkan hubungan baik antara kedua-dua negara terjejas," katanya.

Beliau berkata ada pagar di kawasan sempadan dan bentuk rupa bumi adalah serupa dan oleh itu, juruterbang tidak harus dipersalahkan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata surat tunjuk sebab telah dihantar pada Isnin kepada akhbar The Edge kerana menerbitkan laporan yang mengelirukan berhubung 1MDB yang dipetik dari laman web Sarawak Report.

"Kerajaan memberi tempoh seminggu untuk akhbar itu menjawab surat tunjuk sebab," kata beliau.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.