Dahsyat!!! (Gambar) Menara Bukit Aman Terbakar, Jejaskan Jabatan Narkotik Dan Jabatan Siasatan Jenayah, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Kebakaran berlaku di tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Ini telah disahkan oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

"Kebakaran berlaku di tingkat 10 menara lama. Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 petang," kata jurucakap itu kepada Malaysiakini.

Difahamkan, kebakaran itu menjejaskan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Gambar mengenai kebakaran itu tersebar meluas media sosial.


Seramai 24 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 7.47 malam.

Mereka adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.