BERAPI!!! (Gambar2) MB Kedah, DS Mukhriz Di Kediaman Bekas TPM, DS Muhyiddin Lebih 2 Jam Timbul Persoalan.. Jom Terjah!!!




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mempunyai sebarang komen ketika ditanya mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

"Saya tidak mempunyai komen, terima kasih," katanya kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

 

Mukhriz yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah melawat Muhyiddin berada di kediaman bekas timbalan perdana menteri itu selama hampir dua setengah jam.

Ditanya adakah beliau akan menghadiri sidang media yang diadakan Muhyiddin pada pagi Rabu, Mukhriz berkata: "Itu anda kena tanya dia (Muhyiddin)."


Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



 

Pada malam Selasa, Muhyiddin memberitahu bahawa beliau akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media di kediamannya pada pagi Rabu.


- gambar FB
Mukhriz Mahathir FC


-Mstar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.