WARNING!!! Presiden PAS Ingatkan Pemimpin Dan Ahli PAS Yang Sertai Parti Lain Bakal 'TENGGELAM', JomTerjah!!!


PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baru itu, demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa.

Peringatan Hadi yang dibuat menerusi surat terbukanya kepada ahli parti itu dilihat susulan kepada rancangan penubuhan sebuah parti baharu yang menyerupai PAS oleh mereka yang tewas pada pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.


"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli-ahli PAS.

Selain itu Hadi turut berpesan kepada ahli PAS supaya kekal dengan parti yang berpegang kepada prinsip perjuangan Islam.

"Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Gagalnya kita memahaminya, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini kerana tidak menghayatinya dengan betul," kata beliau lagi.

Sebelum ini dilaporkan kumpulan progresif dalam PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini sedang mencari 'wadah baharu' dalam meneruskan agenda perjuangan mereka dalam politik.

Pada Isnin, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad turut memberi kata dua kepada partinya supaya menjadi lebih inklusif dalam masa 100 hari selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada 6 Jun lalu atau berhadapan dengan kemungkinan akan wujud parti atau pertubuhan baru yang lebih mesra Pakatan Rakyat.

Katanya, jika PAS gagal membuktikan kemampuan mereka, parti Islam itu mungkin akan berhadapan dengan kemunculan sebuah parti baharu menyerupai PAS.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.