Muktamar PAS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Nafi Wujud Pemisah Ulama Dan Profesional.. Jom Terjah!!!


KUALA SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujud pemisah di antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua golongan tersebut sama-sama berganding bahu menubuhkan dan menggerakkan Pas sehingga hari ini.

“Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti. Sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti.

“Bahkan kita menerima siapa saja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam. Jangan ada dalam kalangan kita terperangkap dengan mainan musuh yang cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara ulama dan profesional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas ke-61, di sini, hari ini.

Menurut beliau, golongan profesional juga telah terbukti memberi banyak sumbangan kepada parti.

“Gagasan kita jelas dalam puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama. Golongan profesional dalam Pas telah dan secara berterusan memberikan sumbangan kepada parti.

“Sama ada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Semua ini adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam Pas di atas pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pas kini berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk menghalang kebangkitan Islam dan cuba masuk ke dalam saf gerakan Islam.

“Usaha sebegini dilakukan musuh Islam di seluruh pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dalam saf kebangkitan Islam  terkini.

“Maka, di sana wujud golongan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan tasyaddud,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.