Allahu Rabbi!! Gempa Sabah : Jumlah Keseluruhan Kematian 19 Orang, Kata Pegawai Penyelamat.. Jom Terjah!!!


KUNDASANG: Angka kematian akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu kini telah disahkan berjumlah 19 orang dengan 17 mayat telah ditemui pada Sabtu.
Dua daripada mayat mangsa telah dikenalpasti dan ditemui pada Jumaat.
Para pegawai yang terlibat dengan gerakan mencari dan menyelamat itu berkata, mereka tidak menjangkakan lebih banyak mayat akan ditemui berikutan jumlah tersebut merupakan pendaki yang dikenalpasti hilang.

 Pasukan menyelamat sedang berusaha membawa mayat yang ditemui ke Kota Kinabalu.

Mayat pertama yang dikenalpasti merupakan seorang jurulatih Robbie Sapinggi , 31, dan pelajar sebuah sekolah rendah dari Singapura berusia 12 tahun, Wee Ying Peony.
Para pegawai memaklumkan, kesemua mayat yang ditemui akan diterbangkan menggunakan helikopter ke Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan sehingga jam 4 petang Sabtu, 13 mayat mangsa telah ditemui manakala selebihnya ditemui selepas itu. 
Mangsa mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabath
Daripada jumlah itu difahamkan sekurang-kurangnya 10 mayat yang ditemui merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjung Keratong Singapura yang sedang dalam ekspedisi mendaki sambil belajar.
Pasukan menyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.