AL-Fatihah!!! Ustaz Hasan Alias Al-Hafiz Kembali Kerahmatullah Malam Tadi..


PORT DICKSON – Pemimpin Pas Kawasan Telok Kemang, Ustaz Hasan Alias Al-Hafiz meninggal dunia jam 10 malam tadi di Hospital Port Dickson di sisi isteri dan anak-anaknya.

‎Nama besar ini tidak asing bagi seluruh penggerak jemaah dan pendukung Pas di Negeri Sembilan. ‎


Allahyarham merupakan mantan Ketua Pemuda Negeri Sembilan sesi 2005-2007.

Allahyarham juga mudir Pusat Pendidikan Al-Quran At-Tihiriah Taman Selasih Lukut meninggalkan seorang balu Siti Hawa Hamzah,45, dan 9 anak berusia antara 22 hingga 4 tahun.‎

‎Sepanjang terlibat dalam politik beliau sempat menjawat beberapa jawatan utama seperti Ketua Dewan Ulama Pas Negeri, dan AJK Dewan Ulama Pas Pusat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.