HEBAT!!! Punca BN Hilang Hampir Separuh Majoriti Di PRK Rompin Dibongkar.. Jom Terjah!!!



Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kaitan dengan kehilangan majoriti hampir separuh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) di Rompin yang diumumkan sebentar tadi.

Menteri pertahanan itu berkata, perkara yang lebih utama adalah BN kini berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin.

"Saya tidak rasa beliau (Dr Mahathir) ada kaitan di sini (Rompin)...ia tidak melibatkan beliau. Beliau tidak mengundi di sini," katanya, ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Rompin, malam tadi.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan penurunan kemenangan majoriti BN di Rompin daripada 15,114 kepada 8,895 akan dijadikan "modal" untuk Dr Mahathir lebih agresif menyerang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Itu banyak perkara, kita akan buat post portem..tapi yang pasti wakil rakyat kita BN," katanya ketika diminta mengulas sama ada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu berkaitan Felda menjadi faktor penurunan majoriti tersebut.

Sementara Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.

"Rakyat memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon mereka, Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rupanya Ini Punca BN Hilang Hampir Separuh Majoriti Di PRK Rompin

Hasan berjaya memperoleh 23,796 undi, manakala Nazri hanya memperoleh 14,901 undi.

Pengumuman rasmi keputusan PRK Rompin dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Fadzilla Salleh pada jam 10.25 malam tadi, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin, malam tadi.

Calon PAS bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dimaklumkan.

Proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi tadi dengan sejumlah 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin hari ini juga lebih rendah apabila hanya sekitar 74% keluar mengundi berbanding 85.9% pada PRU13 lalu.

Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi berdaftar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi lain-lain, yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.

Ketika PRU13, sekitar 85.9% pengundi keluar mengundi daripada sejumlah 53,596 pengundi berdaftar.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Pada PRU ke-13, Jamaluddin mengalahkan calon PAS Nuridah Salleh dengan majoriti 15,114 undi.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.