HOT!!! Akibat Desakan PasMa Bakal Jadi Parti Politik, Ini Jawapan Presidennya.. Jom Terjah!!!

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi bercakap dalam persidangan PasMa di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, hari ini. Beliau berkata satu ketetapan akan diputuskan pada Jun ini di peringkat konvensyen. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 April, 2015.


Konvensyen Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang julung kali diadakan hari ini menyaksikan rata-rata ahlinya mendesak pertubuhan itu menjadi sebuah parti politik.
Meskipun pada awalnya Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi memberikan jawapan selamat, pada sesi penggulungan konvensyen tersebut beliau akhirnya mengatakan satu ketetapan akan diputuskan di peringkat konvensyen PasMa pusat yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
"Kita jangka akan buat keputusan kerana sekarang ini kita akan ambil jalan untuk kumpul maklumat dan ia akan dibawa ke konvensyen peringkat pusat.
"Kita mahu ambil pandangan semua pihak terdahulu supaya matlamat kita untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) tercapai," katanya pada sesi  penggulungan konvensyen peringkat negeri di  Shah Alam Selangor hari ini.
Terdahulu Phahrolrazi didesak kira- kira 50 penyokong PasMa yang hadir di konvensyen tersebut untuk menyatakan pendirian sama ada mahu menjadi sebuah parti politik.
Rata-rata soalan yang ditujukan kepada Phahrolrazi itu adakah PasMa selepas ini bertukar menjadi parti politik sambil mendakwa beliau terlalu lembut kerana tidak membuat serangan balas kepada PAS.
Menjelaskan tindakannya Phahrolrazi berkata beliau menunggu masa tepat untuk menukar PasMa menjadi sebuah parti politik.
Katanya, sekiranya PasMa ingin bertukar kepada parti politik ia harus bergantung kepada situasi dan kekuatan PR.
Bekas exco Kedah itu berkata, untuk menukarkan PasMa kepada parti politik bukan satu kerja mudah.
"Sebenarnya kita dah mengkaji bukan senang untuk kita tukar jadi parti politik. Kalau di bawah Barisan Nasional mungkin senang tapi tidak untuk pembangkang.
"Tidak ada mana-mana parti politik yang baru ini berjaya dapat kelulusan malah PKR sendiri dulunya mengambil alih parti lain," katanya sambil meminta menyokong PasMa untuk bersabar sehingga ada satu ketetapan diputuskan.
Tambahnya lagi, situasi PR juga tidak begitu memihak untuk menjadi parti politik kerana tiadanya pimpinan tertinggi yang mengetuai gabungan itu.
"Situasi PR juga membimbangkan apabila tiadanya pimpinan tertinggi, mesyuarat pun jarang-jarang dilakukan ini semua kita perlu kaji," katanya.
Konvensyen PasMa yang julung kali diadakan pada hari ini diakhiri dengan bacaan 15 resolusi antaranya untuk komited dalam usaha memantapkan PR, mengadakan program penerangan bersama rakyat selain memastikan kerangka kukuh bagi menyatakan aspirasi PR.
Di antara ahli panel lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeru (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib.
Konvensyen itu juga membincangkan  perdebatan hala tuju sebenar PasMa serta kewujudan yang dikatakan menjadi ancaman kepada PAS.
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.