Tersebar!!! Punca Setiausaha Akhbar MB Selangor Akhirnya Dibongkar, Hanya 3 Bulan Bertahan.. Jom Terjah!!


PETALING JAYA: Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Radzi Razak meletakkan jawatannya berkuat kuasa pada Jumaat.

Menerusi kenyataan, Radzi yang berkhidmat dengan Mohamed Azmin Ali selama hampir tiga bulan sejak November tahun lalu berkata, peletakan jawatannya sebagai setiausaha akhbar disebabkan masalah kesihatan.

"Selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan, semua bersetuju bahawa saya perlu mencari penyelesaian berhubung masalah kesihatan saya.

"Jadi dengan rasa sedih, saya membuat keputusan untuk meletak jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Saya berharap alasan disebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi," katanya pada Jumaat.
Ketika dihubungi mStar Online, Radzi enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Alasan kesihatan yang diberikan Radzi itu sememangnya kukuh kerana beliau dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Bagimanapun, itu kenyataan 'berlapik' Radzi yang disampaikan kepada media pada Jumaat iaitu hari terakhir beliau memegang jawatan berkenaan.
Difahamkan, sepanjang berkhidmat di Pejabat Menteri Besar itu, beliau tidak berhadapan sebarang masalah untuk berurusan dengan Azmin.
Khabarnya isu sukar mendapat kerjasama dengan pihak tertentu bagi memastikan tugas yang dijalankan lancar dipercayai antara punca hingga mendorong bekas wartawan itu terfikir untuk mengosongkan kerusi yang didudukinya.
Sehingga kini Pejabat Menteri Besar Selangor masih belum mengumumkan pengganti jawatan setiausaha akhbar yang dikosongkan Radzi.

Sebelum menyertai pasukan Azmin, Radzi pernah berkhidmat sebagai wartawan di portal berita pro-pembangkang Malaysiakini, akhbar The Sun dan TV Selangor.

Beliau juga pernah terlibat sebagai aktivis media melalui Gerakan Media Marah (GERAMM).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.